
Jus Delima Pekat, Azerbaijan dikenali sebagai salah satu pengeluar buah delima terbaik di dunia, dengan identiti uniknya sebagai tuan rumah kepada “Goychay Pomegranate Festival” yang diadakan setiap tahun. Perayaan ini memeriahkan kepelbagaian dan keistimewaan buah delima melalui pelbagai hidangan yang menggambarkan warisan kulinari negara ini.
Buah delima yang digunakan dalam Jus Delima & Jus Delima Pekat Olive House berasal dari ladang organik di Agsu, Azerbaijan. Kualiti buah yang dipilih dengan teliti memastikan setiap titis jus mengandungi khasiat yang terbaik.
Antara kelebihan Jus Delima Pekat Olive House adalah:
• Diimport dari Agsu, Azerbaijian
• Diiktiraf MeSTI dan HCL oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,
• Turut mendapat pengiiktirafan pensijilan Halal dari Kascert yang diiktiraf oleh JAKIM.
• Pengiktirafan organik dari USDA dan EU yang menegaskan lagi komitmen kepada kebersihan dan keaslian produk.
• Jus dihasilkan daripada perahan keseluruhan buah delima, termasuk buah dan bijinya, menggunakan teknik pengekstrakan terkini seperti ultrafiltrasi dan pasteurisasi.
• Keputusan daripada proses ini adalah jus yang kaya dengan kepekatan dan khasiat buah delima asli, tanpa memerlukan tambahan gula kedalamnya.
• Mendapat pengiktirafan Pensijilan Makanan Organik daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan lagi kesucian dan kualiti produk ini.