Collection: Nona Roguy
NR (Dulu di kenali Nona Roguy) adalah produk herba buatan Malaysia yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Brunei.
NR dengan bangganya memperkenalkan rangkaian ramuan herba tradisional yang lengkap untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropikan dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba NR diproses melalui penggunaan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan Gabungan keaslian herba tradisi dan kepekaan moden memastikan kesinambungan warisan tamadun Melayu mekar dan kekal. Ianya adalah rangkaian produk kesihatan yang berasaskan herba yang dirumuskan secara tradisional. Produk NR juga kenali dengan nama "Herba Pembersih Dalam", ada juga mengenalinya sebagai ‘Jamu’ NR.
‘Jamu’ adalah dikenali oleh masyarakat Jawa sebagai ‘herba untuk mengubati’ dimana ramuannya tidak dicampur dengan bahan-bahan kimia. ‘Jamu’ juga merupakan amalan tradisi turun temurun sebelum adanya perubatan moden. Jadi tak salah jika NR disebut ‘Jamu’. Namun panggilan ‘Jamu’ ini telah dipandang kolot oleh sesetengah masyarakat moden kini. Ini mungkin kerana mereka tidak mengetahui kebaikkannya.