Serbuk herba perubatan sebagai lulur (scrub) 150gm.
Mengandungi ramuan herba antaranya:
- Kaempferia Galanga,
- Santalum Album,
- Curcuma Hyneanae
Khasiat:
- Mengeluarkan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
- Disyorkan kegunaannya dalam penjagaan ibu bersalin untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Dos/cara penggunaannya:
- Sediakan 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampurkan dengan air panas suam untuk menjadi pes yang sederhana cair.
- Sebelum mandi duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan. Gosokkan pes lulur permulaan di tapak kaki, betis, paha dan kaki, bahagian sulit serta celahan, tangan, lengan, ketiak, bahagian belakang badan serta tengkuk dan pinggul.
- Lakukan berlulur badan seperti gosokkan daki ataupun seperti urutan lembut di atas kulit sehingga pes itu mengering.
- Kemudian mandi dengan air rebusan Uncang Cuci Herbanika bagi ibu dalam pantang bersalin.
- Bagi wanita sebagai amalan lulur kesihatan boleh mandi dengan air biasa atau berendam dalam tab air herba untuk mendapatkan manfaat yang lebih baik.
Perhatian:
- Simpan di tempat dingin dan kering.
- Jauhi daripada kanak-kanak.
- Sekiranya penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
- Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.