NB Pengurus Kewangan Korporat

NB Pengurus Kewangan Korporat

Vendor
Anggun Tropika
Regular price
$6.50
Sale price
$6.50
Quantity must be 1 or more

Buku ini menerangkan dua kategori utama kerjaya dalam bidang kewangan korporat iaitu sebagai pengurus kewangan korporat yang berkhidmat dengan organisasi perniagaan sebagai pentadbir dan pengurus kewangan organisasi perniagaan. Kedua, sebagai pengurus kewangan korporat yang berkhidmat sebagai perunding dengan syarikat antarabangsa dan bank-bank pelaburan. 

Turut dibincangkan syarat dan kelayakan, perancangan laluan kerjaya, teknik memohon kerja, ciri-ciri penting kerjaya, tip-tip motivasi dan juga pelbagai rujukan berguna berkaitan kerjaya dan institusi berkaitan.

Buku ini sesuai untuk para pelajar lepasan. Ia juga sesuai dijadikan bahan rujukan para guru, kaunselor, ibu bapa dan juga eksekutif-eksekutif muda dalam bidang kewangan.

Nor Azila Zainal Abidin merupakan Pengarah Urusan konsultan perakaunan Nor Azila & Co. Mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang pengauditan, pengurusan perakaunan dan kewangan korporat, pengurusan operasi perniagaan, konsultan sistem atau perisian perakaunan dan kewangan dengan beberapa syarikat multinasional dan tempatan.